Saturday, 22 February 2020

Al-Imran_4.3.93


4.3.93.
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 93:


Ringkasan tafsir;
Alkisah diturunkan ayat ini adalah kerana kaum Yahudi mempersoalkan Nabi Muhammad, mengapa makan daging unta sedangkan Nabi Ibrahim telah mengharamkan.

Disini amatlah jelas bahawa Yahudi telah mempermainkan dan memperbodohkan Nabi Muhammad, sedangkan Allah tidak mengharamkan sesuatu itu sebelum Taurat diturunkan dan didalam Taurat itu sendiri pun tidak disebut tentang Nabi Ibrahim mengharamkan daging unta.
Adalah tersebut alkisah haramnya makan daging unta ialah mereka kaum bani Israel telah mengikut syariat Nabi Yaakub yang pada ketika itu Nabi Yaakub telah bernazar bahawa sekiranya beliau sembuh dari penyakit maka beliau mengharamkan dan tidak akan memakan daging unta. Syariat inilah yang dijadikan sandaran kepada kaum bani Israel  yang sentiasa engkar dan bantah suruhan nabi-nabi dizaman mereka (bani Israel).

Disini menunjukan bahawa dalil benarnya kenabian Nabi Muhammad kerana baginda telah dapat mengetahui sesuatu terkandung dalam taurat dan membongkarkan tipu daya kedustaan kaum Yahudi, sedangkan nabi Muhammad tidak pandai membaca menulis dan tidak pernah membaca Taurat, ini menunjukan pengetahuan itu diperolehi dari wahyu Allah melalui perantaraan malaikat Jibril.

.
[Rumah] [Sebelum] [Selepas] [Jawi]

.
Link,

[BS] https://27merlimau.blogspot.com/2019/01/al-imran-ayat-93.html
[BS]
[FBj]
.
via,
surau_alhijrah@yahoo.com





Wednesday, 23 January 2019

Al-Imran Ayat 92

4.3.92
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 92
:

.
Ringkasan tafsir;

Tiada akan tercapai oleh kamu sebenar-benar takwa ketaatan kebaktian iaitu memperoleh pahala sehinggalah kamu berbelanja apa-apa yang kamu miliki dan sayangi. Dan apa jua yang kamu belanjakan itu sesungguhnya Allah mengetahui Nya untuk memberi balasan.

Ayat ini jelas maksudnya dan diriwayatkan alkisah dizaman Nabi, seorang Ansor (Abu Tolhah) yang luas kebun serta harta kesayangan itu diderma sedekahkan kepada Nabi untuk jalan Allah, maka kemudiannya Nabi menerimanya dan menyuruh Abu Tolhah membahagikan harta itu kepada kaum kerabat Abu Tolhah yang meskin.

Dalam riwayat ini adalah jelas menunjukan bahawa derma sedekah hendaklah diberi kepada yang terdekat dan kaum kerabat yang meskin terlebih dahulu dan kemudian barulah kepada yang jauh yang meskin.

Lihat ayat-ayat berikut tentang zakat;

Ayat 1.1.83, 1.1.110, 2.2.177, 2.2.215, 3.2.254, 3.2.261, 3.2.267, 3.2.269, 3.2.270, 3.2.272, 3.2.277, 3.3.286 dan 3.3.17
 

Lihat ayat-ayat berikut tentang derma sedekah;

Ayat 1.2.1~7, 2.2.215, 3.2.254, 3.2.271, 3.2.272 dan 3.3.17
.

[previous] [next] [home]

.
.

RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
4, Surah3 
Terjemahan,
91~100,
[GS]   https://sites.google.com/site/normanajidsite/5/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8   
.
via,
kemaskemutkeliling@gmail.com 
(
surau_alhijrah@yahoo.com) 


Saturday, 3 November 2018

Al-Baqarah Ayat 253

2.2.253
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 253:
.
.
Ringkasan tafsir;

Para Nabi dan Rasul diberi kelebihan darjat mukjizat berbeza-beza diantara para Nabi Rasul beberapa darjat untuk membuktikan bahawa Nabi dan Rasul itu adalah utusan Allah untuk menyampaikan syariat Allah kepada umatnya dan kepada manusia seluruhnya.

Nabi Muhammad dikurniakan darjat; bulan terbelah dua, tunggul pohon kurma menangis, Batu dan  kayu memberi salam, Binatang-binatang memberi kesaksian kebangkitan Muhammad sebagai Rasul, air mengalir dari anak jarinya dan makanan sedikit menjadi banyak, dapat naik mikraj ke langit dan berjumpa Nabi Ibrahim dilangit pertama, Nabi Isa dan Yahaya dilangit kedua, Nabi Yusuf dilangit ketiga, nabi Idris dilangit keempat, Nabi Harun dilangit kelima, nabi Musa dilangit keenam dan nabi Ibrahim di langit ketujuh dan seterusnya dapat naik kelangit lebih tinggi hingga ke sidaratulmuntaha mustawa dan arsy dimana baginda dapat mendengar suara desiran qalam dari Tuhan nya, dan  yang paling besar ialah kitab suci AlQuran. 

Nabi Isa dikurniakan darjat mukjizat; menyembohkan penyakit buta sopak, menghidupkan orang mati, Jibril sentiasa berdampingan dengan Nabi Isa.

Nabi Ibrahim dikurniakan darjat; teman Allah, kesejukan dalam api bakaran, mendirikan kaabah.

Nabi Daud dikurniakan darjat; sebagai Raja dan kenabian dengan ilmu yang luas.

Nabi Sulaiaman dikurniakan darjat; sebagai Raja memerintah manusia, jin, ungas burung dan angin.

Nabi Yahya dkurniakan darjat; sifat bersih dari nafsu mengingini perempuan.

Setelah Allah menjelaskan tanda-tanda kebesaran Nya, diharap manusia akan mengEsakan dan taat patuh kepada Nya. Tapi malangnya masih ramai terdapat manusia sengaja kufur dan engkar kepada Allah. Oleh kerana itulah maka sebahagian manusia yang telah kufur kepada Allah, berlakulah pembunuhan dan peperangan antara manusia hingga ke hari ini.


Sesuatu yang tersurat dalam takdir tidak dapat dielak dan mesti akan berlaku, Allah berkuasa menolak peperangan dan ubah kepada keamanan, tapi jika Allah berkehendak keamanan itu bertukar kepada peperangan. Sesungguhnya Allah itu amat berkuasa pada segala sesuatu.


.[previous] [next] [home] [Jawi]
.
.

RUJUKAN SUMBER;

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 251~260,
 [GS] https://sites.google.com/site/surahbaniisrail/3/1
Ulasan surah 2;
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr
   

.


via,
surau_alhijrah@yahoo.com
(BS; kemaskemutkeliling.knajid@blogger.com)