Saturday 3 November 2018

Al-Baqarah Ayat 253

2.2.253
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 253:
.
.
Ringkasan tafsir;

Para Nabi dan Rasul diberi kelebihan darjat mukjizat berbeza-beza diantara para Nabi Rasul beberapa darjat untuk membuktikan bahawa Nabi dan Rasul itu adalah utusan Allah untuk menyampaikan syariat Allah kepada umatnya dan kepada manusia seluruhnya.

Nabi Muhammad dikurniakan darjat; bulan terbelah dua, tunggul pohon kurma menangis, Batu dan  kayu memberi salam, Binatang-binatang memberi kesaksian kebangkitan Muhammad sebagai Rasul, air mengalir dari anak jarinya dan makanan sedikit menjadi banyak, dapat naik mikraj ke langit dan berjumpa Nabi Ibrahim dilangit pertama, Nabi Isa dan Yahaya dilangit kedua, Nabi Yusuf dilangit ketiga, nabi Idris dilangit keempat, Nabi Harun dilangit kelima, nabi Musa dilangit keenam dan nabi Ibrahim di langit ketujuh dan seterusnya dapat naik kelangit lebih tinggi hingga ke sidaratulmuntaha mustawa dan arsy dimana baginda dapat mendengar suara desiran qalam dari Tuhan nya, dan  yang paling besar ialah kitab suci AlQuran. 

Nabi Isa dikurniakan darjat mukjizat; menyembohkan penyakit buta sopak, menghidupkan orang mati, Jibril sentiasa berdampingan dengan Nabi Isa.

Nabi Ibrahim dikurniakan darjat; teman Allah, kesejukan dalam api bakaran, mendirikan kaabah.

Nabi Daud dikurniakan darjat; sebagai Raja dan kenabian dengan ilmu yang luas.

Nabi Sulaiaman dikurniakan darjat; sebagai Raja memerintah manusia, jin, ungas burung dan angin.

Nabi Yahya dkurniakan darjat; sifat bersih dari nafsu mengingini perempuan.

Setelah Allah menjelaskan tanda-tanda kebesaran Nya, diharap manusia akan mengEsakan dan taat patuh kepada Nya. Tapi malangnya masih ramai terdapat manusia sengaja kufur dan engkar kepada Allah. Oleh kerana itulah maka sebahagian manusia yang telah kufur kepada Allah, berlakulah pembunuhan dan peperangan antara manusia hingga ke hari ini.


Sesuatu yang tersurat dalam takdir tidak dapat dielak dan mesti akan berlaku, Allah berkuasa menolak peperangan dan ubah kepada keamanan, tapi jika Allah berkehendak keamanan itu bertukar kepada peperangan. Sesungguhnya Allah itu amat berkuasa pada segala sesuatu.


.[previous] [next] [home] [Jawi]
.
.

RUJUKAN SUMBER;

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 251~260,
 [GS] https://sites.google.com/site/surahbaniisrail/3/1
Ulasan surah 2;
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr
   

.


via,
surau_alhijrah@yahoo.com
(BS; kemaskemutkeliling.knajid@blogger.com)